Siakap Keli

(Video) Aksi Gajah ‘Semput’ Tarik Kayu Balak Sampai Tergelincir Undang Sebak Ramai

Sejak dahulu kala lagi, ada sesetengah hidupan liar akan dijadikan sebagai ‘alat bantu’ bagi urusan kerja-kerja manusia. Sebagai contoh, orang zaman dahulu menggunakan kerbau sebagai ‘mesin bajak’ sawah.

Di Mesir pula, mereka menggunakan keldai sebagai pengangkut barang di pasar. Tidak kurang juga, ada yang digunakan sebagai jentera perang seperti kuda, unta dan gajah.

Namun, apa yang dipaparkan dalam video ini sungguh menyayat hati. Bagaikan hamba suruhan, seekor gajah dewasa ‘ditugaskan’ untuk menarik kayu balak menggunakan tali yang diikat pada badannya.

Sudahlah terpaksa mendaki bukit yang berlumpur, beban kayu balak yang berat itu sudah tentu membuatkannya penat dan termengah-mengah. Namun apakan daya, dia bukanlah manusia yang mampu berbicara.

Dia hanya seekor gajah yang tidak mampu berkata apa-apa. Entah apalah ‘upah’ yang diterimanya, itupun kalau ada ‘upahnya’. Tidak pasti lokasinya di mana, namun situasi ini mengajar kita bahawa gajah bukanlah jentera besi yang boleh buat kerja seberat ini.

Sudahlah hutan belantara yang menjadi habitatnya yang musnah, lagikan pula disuruh tarik kayu-kayu balak itu ke tempat lain. Begitu mudah ‘kekebalannya’ dipijak oleh makhluk bernama manusia.

Tapi apa boleh buat, dia hanyalah sang gajah yang tidak boleh berkata-kata.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'