Siakap Keli
Gambar: Tiktok @kakrad76

(Video) Guna Bahan Masakan Ja, Petua Boleh Cuba Nak Halau Semut Dari Bekas Gula

Pasti kita biasa dengar peribahasa ni kan, “ada gula ada semut” atau “bagai gula dihurungi semut”. Seperti mana peribahasa ini dicipta, begitulah juga realitinya.

Semut sangat suka akan sesuatu yang manis seperti gula yang sememangnya dijadikan ramuan untuk sesuatu makanan yang manis.

Tetapi, saat bekas gula di rumah kita tiba-tiba dihurungi oleh semut, pastinya akan membuatkan kita rasa geram kan? Terutamanya apabila lebih daripada seekor semut yang berada di dalam bekas gula tersebut.

Oleh itu, kepada yang mempunyai masalah sebegini, anda boleh cuba ikuti petua ringkas yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok ini, iaitu @kakrad76.

Antara petua untuk menghilangkan semut dalam gula ialah:

  1. Guna rempah ratus 4beradik (kulit kayu manis, biji limau, bunga cengkih, bunga lawang)
  2. Tunggu setengah jam dan semut akan hilang

Tonton video yang dikongsikan di bawah dan selamat mencuba.

@kakrad76

jgn panik semut masuk dalam gula🐜🐜jom tiru petua kak rad ❤#tiktokmalaysia #sharingsecrets #foryoupage #fypシ #likecommentsharecopylink

♬ AIN’T GONNA STOP – Carol Kay

Sumber: Tiktok @kakrad76

Nurul Nabila