Siakap Keli

Penjaga Zoo Mati Dibaham Harimau Siberia Di Afrika Selatan

AFRIKA SELATAN- Seorang penjaga zoo dibaham seekor harimau ketika pagar elektrik dinyahaktifkan di Afrika Selatan.

David Solomon, 52 tahun, digigit beberapa kali dan lehernya patah kerana hentakkan. Kejadian berlaku pada 17 Jun di Taman Predator Seaview di Port Elizabeth.

Jasper, harimau Siberia, melanggar pagar elektrik setinggi 12 kaki dan melihat Solomon yang berada berdekatan.

The Sun melaporkan, mangsa yang menyedari kehadiran harimau itu berlari dan nekad memanjat pagar lain tetapi terseret dibawah pagar tersebut.

Jasper bersama rakannya, Yehuda membaham Solomon. Jasper kemudiannya ke arah Judah, adik Amber bertujuan untuk membunuhnya.

Namun, doktor haiwan telah menembak ubat penenang yang membolehkan kakitangan membersihkan kawasan dan mengeluarkan Judah dari kandangnya.

Sumber: The Sun

Atiqah Aliah