Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Setiap kali makan, ada juga orang yang sukakan tambahan makanan seperti sos. Terutamanya ketika makan keropok, cucur ataupun pisang goreng. Kalau dapat sos yang pekat dan menepati citarasa, boleh jadi tak cukup makanan yang tersedia tu.
Selain daripada membelinya di kedai, sebenarnya anda boleh membuatnya sendiri dengan perkongsian resipi sos ‘homemade’ oleh seorang pengguna di Facebook. Menurut Yayar B. Awang Noh, sos ni boleh makan dengan ikan celup tepung, keropok lekor, cucur, popia dan pisang goreng juga boleh.
Jom ikuti resepi yang dikongsikan sehingga meraih sehingga 2.4k perkongsian.
salam semua sahabat… ingt apa yg yayar janji nk share resipi sos kan..
sos ni blh mkn dgn ikan celup tepung. keropok lekor.. cucur..popia. eh pisang goreng pun blh.
dengan ini ikhlas yayar kongsikan buat sahabt smua. bahan yg yayar tulis nie untuk kuatiti bnyak mcm dlm gmbar yer…
Bahan kita perlu kisar
cili kering yg dah direbus satu jug blander
bawang putih satu gemgam(12ulas)
3 sudu cuka makan
gula melaka sektul besar
gula 900g
garam secukup rasa
gandum@tepung ubi@tepung jagung
kalau suka blh letak sedikit belacan
Cara-cara
kisar cili kering dan tuangkan dalam kuali
kisar bawang putih cuka makan serta belacan bersama garam(agak2) dan masukkan dlm kuali
tambah air sehingga paras kuali
blnderkan segemgam tepung untuk dihadikan bahan pemekat.
masukkan gula melaka dan gula.
masak dgn api sedang2 dan biarkan inya pekat. pastikan ada rasa mnis pedas masam. kalau nk lagi sedap tambah bijan.
siap.. slmt mencuba.
Sumber: Yayar B. Awang Noh