Siakap Keli

(Video) Gelap-gelita & Bikin Meremang Bulu Roma, Ini 5 Bunyi Seram Misteri Dirakam Di Laut Dalam

Mungkin kita merasakan bahawa telah melihat dan mengetahui segalanya tetapi banyak perkara di dunia ini sebenarnya belum lagi ‘diterokai’ dan dibongkar terutama di dalam laut.

Kelihatan indah nan membiru, samudera yang luas terbentang itu sering dikatakan mempunyai pelbagai misteri yang tersendiri.

Dari jenis-jenis hidupan laut, kepada serpihan-serpihan kapal karam hingga ke bunyi-bunyian yang pelik, ia sentiasa mendapat perhatian ramai dan pastinya menimbulkan pelbagai teori.

Salah satu bunyi misteri dalam laut yang paling popular adalah dipanggil sebagai Bloop yang berjaya dikesan pada tahun 1997. Menurut mentalfloss, bunyi frekuensi ultra rendah yang sangat kuat dikesan di beberapa stesen pendengaran.

Ia dikatakan kedengaran selama satu minit dan berulang kali pada musim panas tahun tersebut. Sejak itu, orang ramai di seluruh dunia mula mengeluarkan teori masing-masing mengenai bunyi tersebut

Pun begitu, beberapa tahun kemudian, saintis mengesahkan bahawa bunyi tersebut mungkin terhasil daripada pemecahan bongkah ais.

Tidak cuma Bloop, ada beberapa bunyian lain lagi di dalam laut yang masih menjadi misteri dan tanda tanya.

Seperti yang dikongsikan menerusi video di bawah ini, terdapat empat lagi bunyi misteri dan pelik yang didakwa didengari oleh orang-orang yang berada di dalam kapal selam.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 12 juta tontonan di Youtube.

Sumber: Top5s, Mentalfloss

Sofea

There's always another side to every story