Pelangi sememangnya salah satu daripada fenomena alam yang sangat indah. Ia timbul hasil daripada pembiasan dan pantulan cahaya matahari.
Kebiasaannya, kita dapat melihat bentuk pelangi dalam keadaan lingkaran yang separuh sahaja. Disebabkan itu juga, mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu di manakah hujung ‘kaki’ pelangi tersebut.
Ada ke yang pernah tengok hujung pelangi depan-depan mata sendiri? Kalau ada, korang sememangnya sangat bertuah kerana bukan mudah untuk ‘menemui’ keindahan itu.
Sama bertuahnya dengan seorang lelaki dari Indonesia ini yang sempat merakam hujung pelangi.
Video yang dimuatnaik di TikTok itu menyaksikan bahawa hujung pelangi tersebut berada betul-betul di jalan berhampiran kawasan perumahannya.
@iri_b1 baru kali ni liat ujungnya pelangi 😅
Dengan hujan yang renyai, dapat dilihat ‘hamparan’ pelangi di langit itu berakhir pada jalan tersebut.
Lelaki yang merakam video itu kedengarannya sangat teruja dan kagum melihat hujung pelangi itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang juga turut teruja kerana pertama kali melihatnya.
Sumber: TikTok iri_b1
BACA: (Video) “Takde Apa Pun,” Pak Nil Cucuk Vaksin Di Usia 59 Tahun Pelik Badan Rasa Lagi Kuat