Siakap Keli
Gambar: KKM

Jangan Ambil Mudah, Guna 7 Langkah Selamat Ini Untuk Lupuskan Pelitup Muka Terpakai

Pemakaian pelitup muka ketika keluar rumah sudah menjadi keperluan kepada semua orang tidak kira kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas. Hal ini bagi mencegah diri sendiri dan orang lain daripada dijangkiti wabak virus Covid-19 yang ‘mengganas’ dan tidak mengira usia.

Namun, perkara yang mudah dipandang enteng oleh segelintir masyarakat kini ialah melupuskan pelitup muka setelah menggunakannya. Ada yang masih suka membuang ‘mask‘ ini di merata-rata tempat.

Berdasarkan infografik yang bersumberkan comms@moh, KKM telah berkongsi tujuh langkah untuk melupuskan pelitup muka dengan betul dan selamat.

Antara langkah-langkahnya ialah:

  1. Tanggalkan pelitup muka.
  2. Pastikan tangan tidak menyentuh bahagian luar pelitup muka.
  3. Lipat dua pelitup muka yang sudah digunakan.
  4. Gulung pelitup muka.
  5. Masukkan pelitup muka ke dalam beg plastik atau kertas.
  6. Buang pelitup muka ke dalam tong sampah.
  7. Basuh tangan selepas melupuskan pelitup muka.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Nurul Nabila