Mesti korang tengah bosan tak tahu nak buat apa waktu PKP ini kan? Rata-rata masyarakat sudah ‘mati kutu’ kerana aktiviti harian agak terhad pada musim ini. Namun, sebenarnya banyak lagi benda yang korang boleh cuba di rumah.
Antaranya adalah mencuba resipi untuk minuman ‘kaww’ seperti di kedai hanya di rumah sahaja. Boleh minum bersama-sama keluarga.
Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh salah seorang suri rumah yang dikenali sebagai Miz Juejue menerusi laman Facebooknya. Lebih menarik lagi, dia menggunakan cara seperti di kedai iaitu membungkus air dan ikat tepi.
Resepi Nescafe Ais kaw

Nescafe 3 sudu
Susu ikot tekak nak manis mana
Air setengah gelas, jangan banyak nanti air tak kaw
Caranya:
Kacau lama-lama,masukkan ais dalam plastik
Tuang nescafe
Ikat letak strawww da siap boleh minum dah
Boleh gak letak susu cair…Kalau tak nak pun tak apa..
Resepi Milo Ais kaw

Milo 4 sudu
Susu (ikot tekak nak manis mana)
Air setengah gelas, jangan banyak nanti air tak kaw
Cara-caranya:
Kacau lama-lama, masukkan ais dalam plastik
Tuang milo
Ikat letak straw dah siap boleh mnum dah
Boleh juga letak susu cair atau fresh milk.. Nanti ada la rasa ala-ala air kotak. Dan lagi satu, kalau nak buat neslo just tambah 2 sudu nescafe. Milo kurangkan jadi 3 sudu.
Resepi Kopi ais kaw

Rendam 2@3 sudu serbuk kopi
Biar sampai nampak pekat
Tapis air kopi
Susu ikut nak manis mana
Kalau terlampau pekat boleh tambah air suam..
Masukkn ais dalam plastik dan tuang kopi ikat tepi letak straw . Boleh tambh susu cair kalau suka.
Resepi Teh Ais

Rebus 3 cawan air dalam periuk sampai mendidih,
Letak 3@4 sudu serbuk Teh (tak kisah teh apa pun)
Biar mengelegak seminit dual
Lepas tu tutup api dan tapis teh
Saya guna tapis putih yang selalu kedai makan guna tu.
Cara-caranya:
Masukkan susu pekat (agak-agak nak manis mana)
Susu cair 3/4 sudu (nak lemak lebihkan lagi)
Garam cubit hujung-hujung je (tak letak pun tak apa)
Garam untuk lemakkan lagi teh ais. Boleh dah letak ais.
Sumber: Miz Juejue
