Siakap Keli
Gambar: Google Play, Quora

Selepas Donny Yen “Ip Man”, Scott Adkins “Boyka” Dilapor Sedang Berunding Untuk Tampil Dalam John Wick 4

Scott Adkins (Boyka) dikatakan sedang berunding untuk muncul dalam filem John Wick: Chapter 4, lapor Deadline pada Selasa.

Adkins dilaporkan akan turut membintangi filem tersebut bersama dengan pelakon utama iaitu Keanu Reeves dalam siri keempat filem tersebut yang akan datang.

Siri sambungan filem John Wick: Chapter 4 pertama kali diumumkan dua tahun yang lalu sejurus selepas tayangan pembukaan pada minggu pertama filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum berjaya mengutip lebih dari 300 juta dollar di seluruh dunia.

Siri keempat ini akan menampilkan kembali Keanu Reeves sebagai pembunuh eponim yang pada penghujung filem tersebut telah dikhianati oleh Winston Ian McShane dan kali terakhir dilihat sedang mengalami beberapa kecederaan.

Turut membintangi filem tersebut adalah Donnie Yen yang terkenal menerusi filem IP Man sebagai rakan lama kepada John Wick.

Filem tersebut akan diarahkan oleh Chad Stahelski dari skrip yang ditulis bersama Shay Hatten dan Michael Finch yang mengambil alihnya daripada Francais Derek Kolstad.

Filem John Wick: Chapter 4 ini dilaporkan bakal ditayangkan pada 27 Mei 2022.

Sumber: COMINGSOON.NET

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.