Siakap Keli
Gambar: Nor Din

(Video) “Nak Kata Ikan Bukan, Buaya Bukan”, Ada Yang Dakwa Sulur Bidar, Gumpalan Aneh Terperangkap Dalam Jala Cetus Misteri & Tanda Tanya

Satu video yang memaparkan insiden di mana pukat pemancing seakan ditarik oleh ‘sesuatu’ yang tidak diketahui telah tular di media sosial.

Video tersebut bermula dengan sekumpulan lelaki yang sedang menaiki bot berhenti di tengah sungai dan menurunkan pukat mereka ke dalam sungai.

Secara tiba-tiba air di tengah-tengah sungai itu terlihat berkocak seakan ada sesuatu di bawahnya. Kemudiannya, pukat mereka telah ditarik dengan kuat oleh sesuatu yang berada di dalam sungai tersebut.

Tarikan tersebut sangat kuat sehinggakan ianya berdaya menggerakkan bot mereka dengan agak laju.

Kerana tidak mahu kejadian yang tak diingini berlaku, mereka akhirnya berkeputusan memotong pukat tersebut.

 

 

Tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku serta apakah ‘benda’ yang telah menarik pukat mereka itu.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial Facebook. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 170 ribu kali dan telah mendapat lebih 5 ribu perkongsian.

Sebilangan warganet yang menonton video tersebut mendakwa bahawa ‘benda’ yang  menarik pukat mereka itu adalah sulur bidar (sejenis hantu dalam kepercayaan masyarakat melayu).

 

Sumber: Nor Din

Aqmal Ezany

I write what is right