Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: PKPD Di Beberapa Mukim Di Selangor & Lokaliti Di KL Selama 14 Hari Mulai 3 Julai – Ismail Sabri

Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti dan mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di WP Kuala Lumpur, lapor Bernama.

PKPD itu akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai akan datang, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media hari ini.

“Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi. Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900. Manakala di WP Kuala Lumpur, purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes.

“Kesemua daerah di Selangor dan WP Kuala Lumpur melaporkan insiden kes COVID-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk,” katanya.

Jelasnya lagi, keputusan ini dilakukan selepas mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).

Susulan itu, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM manakala semua penduduk terlibat tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing.

Hanya satu orang sahaja dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli keperluan asas dalam radius 10 kilometer dari kediaman, katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan ujian saringan secara bersasar serta mempergiatkan pemberian vaksin di kawasan-kawasan terlibat.

Kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

Sumber: Mindef

BACA: MYDIN Buat ‘Gila’, Nak Beri Hadiah & Duit Raya Ribuan Ringgit Buat Anda

BACA: Cadangan KPM Murid Kelas Peperiksaan Diberi Vaksin Pfizer Dipersetujui

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.