Siakap Keli

(Video) Acah-acah ‘Gangster’, Reaksi Si Bulus Nak Tumbuk Anjing Tapi Tak Sampai Buat Ramai Terhibur

Salah satu makhluk yang cukup ‘gangster’ dalam kebanyakan haiwan di muka bumi ini adalah kucing. Lebih-lebih lagi yang bernama Oyen.

Selalu tular di media sosial video-video yang memaparkan aksi ganas si bulus ini memukul haiwan lain, mengejar anjing, malah turut berani mencakar tuannya sendiri.

Namun se’samseng’ macam mana pun, mereka jarang dimarahi. Bukan tidak mahu menghukum, tapi melihat kepada muka comel yang berbulu itu, sungguh tak sampai hati.

Tetapi, video di bawah ini memang bikin ramai yang ketawa. Seekor kucing berkaki pendek kononnya marah dengan rakannya, anjing sampai nak bertumbuk, tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Jom tonton video ini.

Sumber: Bulu-Bulu Kehidupan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.