Siakap Keli

Penduduk Di Kawasan PKPD Di KL Dibenarkan Keluar Untuk Vaksinasi Kecuali 2 Golongan Ini

Penduduk di kawasan PKPD di Kuala Lumpur dibenarkan keluar untuk vaksinasi kecuali kepada dua golongan tertentu.

Menerusi kenyataan media oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim, penduduk-penduduk di kawasan PKPD yang mempunyai janji temu vaksinasi dibenarkan keluar ke PPV melainkan mereka yang telah dipakaikan gelang pink.

Begitu juga dengan penduduk yang sedang menunggu keputusan ujian saringan tidak dibenarkan keluar untuk urusan vaksinasi.

Dalam kenyataan yang sama, Polis Kuala Lumpur menasihatkan penduduk PKPD agar menyemak dan mendapatkan maklumat dengan pegawai bertugas di kawasan PKPD atau Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) masing-masing jika berlaku masalah atau kekeliruan. Hal ini bagi mengelakkan daripada mereka menerima maklumat yang tidak tepat.

Di samping itu, SOP khusus PKPD di Kuala Lumpur turut ditekankan iaitu dengan membenarkan penduduk keluar dari kawasan berkaitan atas sebab yang membabitkan sektor keselamatan, kesihatan, kecemasan dan kebajikan.

Sumber: @KKMPutrajaya

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.