Siakap Keli

MBSP Nafi Usahasama Penawaran Suntikan Vaksin COVID-19 Berbayar Bersama Sunway Carnival

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook telah berkongsi pemakluman berita palsu mengenai usahasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Pulau Pinang yang menawarkan suntikan vaksin Covid-19 berbayar bersama Sunway Carnival, sebentar tadi.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), kandungan mesej yang tular di aplikasi Whatsapp itu telah dinyatakan sebagai berita palsu.

Dalam kenyataan itu, MBSP menegaskan bahawa tiada kerjasama dengan mana-mana pihak memandangkan suntikan vaksinasi berada di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Program tersebut telah diselaras oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan KKM.

Sehubungan itu, KKKM menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan informasi yang tidak sahih. Orang ramai juga perlu mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera.

May be an image of text

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.