Gempa bumi sederhana berskala Richter 5.3 dilapor melanda Rantau Sumba, Indonesia kira-kira jam 8.38 pagi waktu tempatan, sebentar tadi.
Menurut Malaysian Meteorological Department, gegaran yang berpusat di latitud 9.7 darjah Selatan dan longitud 119.6 darjah Timur itu menghasilkan gegaran berkedalaman 36 kilometer.
Jarak kejadian gempa dikatakan berada pada 161 kilometer Tenggara dari Bima, Indonesia.
Walau bagaimanapun, MET Malaysia mengatakan tiada ancaman tsunami yang berlaku kepada Malaysia.