Siakap Keli

“Jimat Habis Macam Ni”, Lelaki Kongsi Cara Jimat Tenaga Masa Kat Rumah Time PKP Ni

Sedar tak sedar, dah makin lama kita semua rakyat Malaysia ni duduk kat rumah. Kerja dari rumah, belajar dari rumah, mengajar dari rumah. Senang cerita semua la dari rumah. Kalau tak betul-betul jaga, penggunaan elektrik boleh meningkat ni sebab pakai banyak peralatan elektrik.

Sebenarnya ada je cara nak jimat. Sama macam perkongsian sorang lelaki ni kat laman sosial Facebook dia. Buat masa PKP ni, memang dia, isteri dan anak-anak semua guna alat elektrik kat rumah tapi diorang ada tips untuk jimatkan penggunaan tenaga. Cara yang diorang guna ni bukan je dapat jimatkan tenaga, tapi dapat juga luangkan masa berkualiti dengan keluarga. Bak kata pepatah Melayu, “sambil menyelam, minum air”.

Senang je caranya! Ikuti kisah lelaki ini di bawah dan cara yang dia gunakan untuk berjimat-cermat. Idea-idea yang dia dapat ni pon semuanya lepas baca saranan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Hye guys, ok ke tu semua. Macam makin bertambah je hari kita kena duduk kat rumah ni kan. Takpela, nak buat macam mana lagi. Kita doakan jela pandemik COVID-19 ni cepat-cepat beransur pulih. Apa-apa pon sebenarnya hari ni aku nak cerita sikit macam mana aku jimat penggunaan elektrik sepanjang aku dengan family kat rumah. Aku faham sangat, korang semua mesti risau kan penggunaan elektrik naik mendadak. Yelah, anak-anak guna laptop untuk kelas online, yang suami kerja online, isteri pulak banyak guna alat elektrik kat dapur untuk masak. Jangan pening-pening lah semua tu. Korang buat je macam ni, sebab korang boleh jimat tenaga sambil spend masa berkualiti dengan family.

1) Kurang Screen Time, Lebih Family Time

Benda ni nampak je simple kan tapi sebenarnya ramai yang susah nak buat. Tangan tu asik gatal je nak scroll phone setiap masa. Tak kira lah tua ke muda ke. Kalau tak scroll sosial media, tgk shopping online pulak. Tak pon, tgk movie je kat phone tu. Aku sekarang pon dah kurangkan screen time lepas tu spend masa buat aktiviti dengan family. Buat la apa-apa pon, macam aku main board games dengan kenalkan anak-anak pada permainan lama macam main tutup tin, batu seremban dan congkak. Aktiviti macam ni dapat la tingkatkan kesihatan mental, rasa seronok dengan keluarga dan yang paling penting sekali jimat la elektrik jugak daripada asyik cas gajet je kan.

2) Masak Sama-Sama

 

Waktu nak masak makanan tu, jangan la biasakan masak untuk diri sendiri je. Dalam family aku, kami masak makanan tu sama-sama. Bila korang buat macam ni, korang bukan je meringankan beban untuk semua orang, tapi dapat menjimatkan masa, tenaga dan penggunaan elektrik masa kat dapur. Yelah, semuanya guna sekali lalu. Lagi satu yang mungkin korang tak tau, pastikan makanan yang nak disimpan dalam peti ais tu, disejukkan dulu. Jangan main masuk je panas-panas tu. Baru la jimat tenaga. So, dalam family aku takdela banyak elektrik jalan.

3) Buat Kerja Online Dekat Satu Tempat

Macam dalam keluarga aku, kami semua buat kerja online dekat satu tempat je. Yelah, sebab senang untuk jimat elektrik. Bila semua orang berkumpul kat satu tempat, jimat la penggunaan air con, lampu dengan kipas. Janganlah anak buat kelas online kat bilik guna air con, parent kerja online kat ruang tamu pun pasang kipas dengan lampu. Haaa, semua aspek main peranan penting tau.

4) Exercise Bersama Family

Haaa, yang ni pulak korang boleh cuba buat dua pilihan. Korang boleh cuba indoor exercise dengan family macam buat yoga, zumba atau mana-mana exercise ringan yang korang tau. Kalau family korang nak exercise sambil hirup udara segar, cuba outdoor exercise macam jogging, main badminton atau sukan yang korang minat tapi jangan lupa pula ikut SOP yang dikeluarkan ya waktu PKP ni. Penting tau untuk korang tetap aktif walaupun pergerakannya terhad dan exercise jugak boleh rapatkan hubungan keluarga.

Untuk pengetahuan korang semua, tip-tip ni semua pon sebenarnya sangat digalakkan oleh TNB sebab semuanya dapat membantu untuk menggalakkan korang berjimat-cermat dalam pengunaan elektrik di rumah. Bila guna cara ni, setiap rakyat Malaysia dapat hidup dengan lebih bijak menggunakan cara yang cekap tenaga di rumah dan di tempat kerja. Dapat juga la jimat penggunaan tenaga elektrik untuk diri korang sendiri dan keluarga tersayang ya. Kalau korang nak dapatkan lagi tip-tip jimat tenaga, apa kata korang visit website myTNB. Ingat ye gais, hidup bijak, kuasa di tangan anda!

Nor Fakhry