Siakap Keli
Gambar: TikTok @coachherryj

‘Webcam’ & ‘Mic’ Tak Berfungsi Masa Guna Google Meet, Ini Yang Korang Kena Buat

Seeperti yang kita tahu, negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maka, majoriti daripada kita kini sedang menjalani proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dan bagi yang dah bekerja, disarankan untuk Bekerja Dari Rumah (BDR).

Maka, pelbagai platform panggilan video yang digunakan semasa menjalankan aktiviti ini. Salah satunya adalah Google Meet.

Bagi yang kerap menggunakan platform Google Meet, mungkin korang pernah menghadapi masalah di mana webcam dan mikrofon tidak berfungsi. Kadang-kadang tu rasa geram pulak kan, bila nak bercakap atau nak tunjuk muka, tiba-tiba webcam dengan mic tak function.

Tambah-tambah pulak masa tu tengah dalam mesyuarat penting atau presentation. Dah satu hal pulak terkial-kial nak cari punca dan makan masa semua orang dalam sesi Google Meet tu. Mesti la kita taknak macam tu kan.

Oleh itu, pengguna TikTok @coachherryj ni tunjuk cara macam mana nak reset Google Meet korang bagi settle dua masalah ni. Nak tahu macam mana, tengok video di bawah.

@coachherryj

More tips…tanya jer.. wait? Where u at Missy???#learnontiktok #mudahmengajar #tiktokguru

♬ GOODIES x WORK BY MISSY ELLIOT REMIX – JRBITZ

Sumber: TikTok @coachherryj

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.