Siakap Keli
Gambar: Odditycentral

Kenali Ayam Baka Kadaknath, Berbulu Hitam Dan Daging Gelap, Harga Sekitar RM66 Sekilo

Kadaknath merupakan ayam baka India yang terkenal dengan kualiti daging dan telurnya. Namun, warna kulitnya yang hitam dan dagingnya yang berwarna gelap itu lebih membuat ayam ini terkenal.

Ayam Kadaknath yang turut dikenali sebagai Kali Masi ini berasal dari daerah Madhya Pradesh, namun kini dibesarkan di banyak negeri di India.

Menurut portal Odditycentral, ayam jenis bebas yang dibesarkan secara semula jadi cenderung memiliki warna yang lebih gelap daripada ayam pedaging/ternakan yang dipelihara oleh kebanyakan orang.

Kadaknath yang memiliki bulu dan kulit hitam serta daging yang benar-benar gelap ini  kononnya dikatakan mempunyai kualiti yang jauh lebih tinggi daripada ayam pedaging.

Walaupun ada yang mengatakan darah dan telur ayam Kadaknath turut berwarna hitam, ternyata ia tidak benar. Namun, daging dan tulangnya jauh lebih gelap daripada kebanyakan baka lain.

Bukan itu sahaja, dagingnya yang pelik dicari oleh pemakan daging yang mementingkan kesihatan kerana mempunyai protein berkualiti tinggi dan kandungan lemak yang jauh lebih rendah.

Daging ayam Kadaknath ini dipercayai dijual dengan harga Rs. 1.000 hingga 1.200 (RM55.77 – RM66.92) sekilo. Harga ini dikatakan sekurang-kurangnya tiga kali lebih mahal daripada daging ayam pedaging dengan burung hidup yang berharga lebih dari Rs. 850 (RM47.40) sekilo.

Selain itu, ayam Kadaknath memerlukan tempoh 8 bulan untuk mendapatkan berat badan yang memadai untuk tujuan pengkomersialan. Ini berbeza daripada ayam pedaging yang memerlukan tempoh hanya 45 hari.

Walaupun ayam Kadaknath jarang terdapat di luar India, ia bukan satu-satunya ayam daging gelap di dunia. Hal ini kerana, dipercayai ayam Sutera Cina (Chinese silkie chicken) juga terkenal dengan kulit dan dagingnya yang berwarna kelabu gelap.

Sumber: Odditycentral

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.