Siakap Keli

Presiden Haiti Didakwa Dibunuh Tentera Upahan Profesional, Menyamar Agen DEA Amerika

Duta Haiti ke Amerika Syarikat, Bocchit Edmond mendakwa, pembunuh yang membunuh Presiden, Jovenel Moïse merupakan tentera upahan profesional yang menyamar sebagai agen Drug Enforcement Administration (DEA) Amerika Syarikat.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh portal berita AFP melalui satu tweet sebentar tadi.

Katanya lagi, suspek yang menyerang berkomunikasi dalam bahasa Sepanyol atau Perancis.

DEA dilaporkan mempunyai ibu pejabat di Haiti yang berfungsi memberi nasihat dan bantuan kepada kerajaan Haiti dalam memerangi pengedaran dadah.

Dalam laporan yang berbeza, pihak berkuasa tempatan dilapor berjaya menahan 2 orang individu manakala 4 lagi ditembak mati dipercayai suspek yang terlibat dalam serangan bunuh tersebut.

Turut menjadi mangsa dalam serangan tersebut adalah Wanita Pertama Haiti yang cedera parah namun stabil dan kini menerima rawatan di hospital.

Insiden berkenaan kini dikatakan telah meletakkan Haiti, salah sebuah negara miskin di kawasan Kepulauan Carribean dalam keadaan tidak stabil.

Sumber: AFP, NPR

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.