Manusia dan haiwan sememangnya makhluk yang boleh berkasih sayang antara satu lama lain. Manusia mempunyai sifat ihsan terhadap haiwan, tidak kurang juga ada haiwan yang menyayangi manusia lebih daripada segala-galanya.
Tular sebuah video yang menunjukkan seekor gajah telah terjatuh ke lubang parit yang dipenuhi tanah, lalu dibantu oleh manusia yang baik hati. Mereka telah menggunakan mesin pengorek untuk mengorek tanah agar gajah tersebut dapat kembali naik ke atas.
Setelah tanah tersebut sedikit mendatar, gajah itu cuba untuk memanjat naik tetapi masih belum berhasil. Setelah mesin pengorek itu didekatkan untuk membantunya naik, si gajah memijak mesin tersebut dan berjaya naik dengan selamat.
Menerusi rakaman video itu, orang ramai bersorak setelah berjaya menyelamatkan gajah itu, namun apa yang lebih mengagumkan adalah ketika gajah itu mendekatkan belalainya ke arah mesin itu tanda ucapan terima kasih.
Rentetan peristiwa itu, banyak netizen yang telah memberi komentar yang baik terhadap situasi mengharukan itu. Begitu ramai yang memuji tindakan gajah yang pandai berterima kasih kepada mereka yang menolongnya. Tidak kurang juga yang memberikan penghargaan kepada manusia yang sudi membantu haiwan yang dalam kesempitan itu.
View this post on Instagram
Sumber: Sahabatsurga