Tular sebuah video di Tiktok dan Youtube mengenai perancangan seorang lelaki untuk melamar kekasihnya tanpa diketahui oleh wanita itu dan sepupunya. Namun, sebelum kejutan tersebut di’spoil’kan oleh sepupunya, seorang lelaki telah ‘mengheretnya’ pergi.
Menurut IndiaTimes, tiga orang wanita sedang berkumpul untuk mengambil gambar bersama-sama. Sebaik sahaja mereka selesai, seorang lelaki mendekati isterinya dan menekup mulut si isteri untuk membawanya pergi dari tempat kejadian.
Ketika dua orang lagi berpusing ke belakang, salah seorangnya melihat kekasihnya sedang melutut dan bersedia untuk melamarnya.
Menerusi video yang tular itu, tertulis kapsyen; “Jadi, sepupu kami tidak tahu mengenai cadangan itu…. dan kami tahu dia akan menjadi terlebih teruja. Oleh itu, suaminya mendapat SATU tugas iaitu tidak membiarkan momen romantis yang dirancang itu rosak. Sudah tentu reaksi itu lebih baik daripada yang kami jangkakan“.
Menurut sumber, semua orang dalam keluarga wanita itu dikatakan tahu bahawa sepupunya itu sedikit “ekstra”. Sekiranya dia melihat kejutan itu, dia pasti akan merosakkan lamaran untuk sepupunya itu dengan keterujaannya, malah pasti akan mencuri perhatian sepenuhnya.
Oleh sebab itu, ketika kejutan itu akan dibuat, suami wanita itu diberitahu hanya satu tugas yang perlu dilakukan iaitu menarik isterinya yang “ekstra” itu dari kejutan tersebut. Dan itulah yang berlaku.
Video tersebut dikatakan telah memperoleh sebanyak 4.4 juta tanda suka dan 25 juta orang yang menontonnya setakat ini. Terdapat banyak komen yang ditulis oleh netizen setelah menonton video tersebut.
Antaranya ialah, “Mengapa saya mempunyai perasaan yang bukan pertama kali dia melakukan ini dengan isterinya?!”
Ada juga yang menambah, “Ini kelihatan bukan pertama kali dia terpaksa melakukan itu.”
Malah, ada yang menulis,”Anda boleh nampak yang dia telah menunggu selama satu minit untuk melakukannya.”
@aleenamarnee You gotta do what you gotta do…#proposal #engagement101 #kidnapping #ohno #wedding @alexiscallham @malachianderson15
Sumber: IndiaTimes.com, Tiktok @aleenamarnee