Siakap Keli
Gambar: Tech Vision & CRN

Ada ‘Shopping Mall’, Boleh Main XBOX, Ini HQ Microsoft Buat Kau Rasa Nak Kerja Sini Sampai Bila-Bila

Suasana dan persekitaran tempat kerja memainkan peranan yang besar terhadap mood dan kualiti kerja seseorang. Tak dapat dinafikan, semua jenis pekerjaan ada cabaran tersendiri. Tipulah kan kalau cakap tak ada sekelumit tekanan pun dihadapi ketika bekerja, walaupun kita suka dengan kerja tersebut.

Benda-benda basic macam pantri biasanya disediakan di setiap pejabat sebagai ruang santai untuk pekerja berehat sejenak dan jernihkan fikiran. Takdalah stress je memanjang menghadap kerja yang tak pernah habis tu.

Tapi ada sesetengah majikan turut menyediakan pelbagai kemudahan extra untuk para pekerja. Malah ada yang sediakan gym, tempat riadah ringan seperti meja pingpong, dan ada jugak yang sediakan mini arcade.

Sampai sini, mungkin korang dah rasa bertuahnya yang dapat kerja kat syarikat-syarikat ni. Tapi kalau korang nak tahu, syarikat perisian gergasi Microsoft lagi extra tau. Antara benda best yang disediakan di headquarters (HQ) Microsoft ialah Xbox. Bukan itu je, shopping mall pun turut disediakan untuk 50,000 pekerja di sini.

Sebenarnya banyak lagi kemudahan yang disediakan di HQ Microsoft ni. Nak tahu apa, tengok video yang dikongsikan pengguna TikTok @danielzahalan ni.

@danielzahalan

NAK TAK KERJA SINI? #shouldbeme #tiktokguru #smallbisnesmalaysia #fyp #learnontiktok #learnontiktok #tiktokmalaysia

♬ original sound – Daniel Zahalan – Daniel Zahalan

Rasa macam nak kerja sini tak?

Sumber: TikTok @danielzahalan

Eyla Azri