Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Keterujaan Lelaki Kongsi Imej ‘Kelibat UFO’ Dirakamnya Bertukar Kecewa, Ada Yang Kata Ianya Hanya Najis Burung

Baru-baru ini tular seorang pengguna Reddit yang meyakini bahawa dia telah menemui UFO melalui kameranya, namun sangkaannya ditepis oleh pengguna lain yang mengatakan itu hanyalah najis burung.

Menurut Daily Star, sebuah gambar yang ditangkap layar di GoogleMap menunjukkan pemandangan sebuah rumah di pinggir bandar Amerika yang menampakkan sebuah objek misteri di atasnya. Objek itu dilaporkan berbentuk seperti piring terbang yang kelihatan melayang di langit.

Google Maps screenshot

Maka, apabila seorang pengguna Google Map @joshmanchaz melihat objek itu secara langsung, dia dipercayai begitu teruja untuk berkongsi di ruangan Reddit mengenai ‘penemuan’ foto tersebut.

Malah, dia mengharapkan perkongsian di laman web itu akan membuatkan pengguna lain berasa kagum. Walau bagaimanapun, ‘impian’ lelaki tersebut untuk merakam kehidupan makhluk asing menjadi musnah setelah menerima balasan, ‘Saya rasa anda menjumpai najis burung di kamera itu‘.

Rentetan foto yang disiarkan di akaun Reddit itu, sebanyak 73 ‘upvote‘ diterima dan mencetuskan hiburan dalam talian. Antara tindak balas dan komentar yang diberikan oleh warganet, salah satunya ialah, “Itulah yang mereka ingin anda fikirkan.”

Ada komen bernada gurauan oleh seorang pengguna yang mengatakan, “Sekiranya anda boleh kenal pasti ‘UFO’ itu sebagai UFO, maka UFO sebenar bukan lagi UFO“.

Sementara yang lain menambah: “Burung belatuk interdimensi?”

Seorang pengulas yang lain mengejek kekeliruan antara najis burung dan UFO itu dan berkata: “Omg haha… adakah anda banyak menggunakan paparan jalan Google (Google street view)?

Google Maps

Ada juga yang memberi komen, “Ia penuh dengan artifak daripada kamera 360. Ini tentunya salah satu daripadanya.” Komen tersebut disokong oleh yang lainnya, “Itulah yang saya nak katakan, kamera 360 darjah tidak sempurna.”

Menurut sumber, konspirasi pertemuan aneh seperti ini bukan pertama kali disiarkan di akaun Reddit mengenai kehidupan makhluk luar bumi. Ada yang pernah mendakwa terlihat UFO yang menyamar sebagai awan dan membuatkan netizen menggaru kepala dengan ‘penemuan’ itu.

Sumber: Daily Star

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.