Salinan permainan video Super Mario 64 dipercayai telah memecah rekod setelah dilelong dengan harga lebih daripada $ 1.5 juta (RM6,285,750.00), lapor BBC.com.
Menurut portal, kartrij 1996 itu merupakan tajuk pelancaran bagi konsol Nintendo 64 dan merupakan salah satu ‘platformer‘ 3D awal yang paling berpengaruh.
Kartrij Nintendo Entertainment System (NES) yang asli ini telah dijual pada harga $ 870,000 (RM3,645,735.00) pada Jumaat lalu. Ini secara tidak langsung menjadikannya permainan termahal di dunia. Malah, NES telah memasarkan juga konsol Nintendo Switch milik mereka.
Penjualan Super Mario 64 itu dilaporkan berjaya melawan pemecah rekod lain iaitu kartrij Legend of Zelda yang asli, yang dibuat hanya dua hari sebelumnya.
Sumber mengatakan bahawa kartrij Super Mario 64 dinilai oleh syarikat koleksi permainan video Wata pada ‘rating‘ 9,8 A ++ . Hal ini membawa maksud bahawa kartrij ini berada dalam keadaan hampir sempurna dan “seperti baru”.
Penilaian yang tinggi dikatakan tidak mencukupi untuk menjamin harga lelong yang tinggi walaupun ia membantu. Satu lagi salinan Super Mario 64 dalam lelongan yang sama dengan penilaian 9.6 A ++ dipercayai telah dijual dengan harga yang berpatutan $ 13,200 (RM55,314.60).

Berdasarkan sumber, Super Mario 64 merupakan permainan terlaris untuk sistem Nintendo 64. Malah, ‘game‘ ini secara meluasnya dilihat sebagai permainan penting dalam sejarah permainan video. Ini menandakan langkah pertama Mario ke dalam tiga dimensi (3D), berbeza daripada asalnya iaitu ‘side-scrolling’.
Walaupun banyak pemain moden berasakan bahawa ‘game‘ ini masih baru dan secara luasnya dianggap mempunyai masalah utama berkenaan kameranya, namun ‘game‘ ini masih dianggap antara permainan video terbaik yang pernah dibuat.
Malah, syarikat Heritage Auctions dikatakan berasa terkejut disebabkan harganya jualannya yang tinggi, dan itu menunjukkan permainan ini mendapat tarikan. Bukan itu sahaja, orang ramai turut ‘tercengang’ apabila katrij Mario itu dijual dengan berjuta-juta salinan.
Koleksi permainan video kini dikatakan telah memperoleh harga yang lebih tinggi. Keadaan ini menyebabkan ada yang mempersoalkannya sama ada pasarannya sedang melambung tinggi.
Well, I figured the first million dollar game was imminent, but I didn't think it was gonna be today… or this. pic.twitter.com/jKWRY8sNSq
— Chris Kohler (@kobunheat) July 11, 2021
Sumber: BBC.com