Siakap Keli
Gambar: Twitter @metmalaysia

Gempa Bumi Berkekuatan 5.3 Skala Richter ‘Gegar’ Laut Banda, Indonesia

Gempa bumi sederhana berskala Richter 5.3 dilapor melanda Laut Banda, Indonesia kira-kira jam 8.45 malam, waktu tempatan hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran yang berpusat di latitud 5.0 darjah Selatan dan longitud 130.9 darjah Timur itu menghasilkan gegaran dengan kedalaman 89 kilometer.

Jarak kejadian gempa dikatakan berada pada 334 kilometer Tenggara dari Ambon, Indonesia.

Walau bagaimanapun, MET Malaysia mengatakan tiada ancaman tsunami yang berlaku kepada Malaysia.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.