Siakap Keli
Gambar: Bernama

KKM Nasihatkan Elak Buat 5 Aktiviti Ini Selama 7 Hari Selepas Menerima Vaksin COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook telah menasihatkan penerima vaksin Covid-19 agar elakkan aktiviti fizikal berat selama seminggu.

Antara aktiviti fizikal berat yang dimaksudkan adalah seperti:

  1. Sukan melibatkan bola/raket
  2. Berbasikal
  3. Angkat berat
  4. Berlari/jogging
  5. Berenang

Berdasarkan perkongsian infografik yang bersumberkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) itu juga, mereka yang mengalami beberapa gejala selepas vaksinasi dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital terdekat.

Antara gejala yang mungkin dialami adalah seperti sesak nafas, sakit atau dada akut dan jantung berdebar.

May be an image of one or more people, bicycle and text that says 'ELAKKAN AKTIVITI FIZIKAL BERAT SELAMA 1 MINGGU SELEPAS VAKSINASI COVID-19 CONTOH AKTIVITI FIZIKAL BERAT YANG PERLU DIELAKKAN Sukanmellbatkanbola/raket Berbasikal Berenang Mengangkatbera Berlari/Jogging Ini adalah langkah berjaga-jaga selanjutnya selepas vaksinasi Sila ke Klinik atau hospital terdekat ika anda mengalami gejala berikut selepas vaksinasi: •Sesak nafas •Sakit atau ketat dada akut •Jantung berdebar vaksincovid.gov.my LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA. JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV)'

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.