Satu video yang memaparkan kemunculan satu kelibat di dalam sebuah rumah usang telah menjadi tular di media sosial.
Video tersebut asalnya adalah daripada seorang Youtuber lelaki dari Jordan yang kerap melakukan aktiviti ghost hunting.
Namun begitu, ianya telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twiter bernama @naimazharrrr.
Dalam video tersebut, lelaki arab yang secara berseorangan itu telah memasuki sebuah rumah usang.
Dia hanya berlegar-legar di kawasan rumah tersebut bagi mencari sesuatu yang ramai diantara kita tidak mahu untuk melihat mahupun bertembung dengannya.
Pada awal video tersebut, dia mengarahkan kameranya ke dalam salah satu bilik di rumah berkenaan.
Namun begitu, semasa dia mengarahkan kameranya ke arah bilik tersebut, dia telah terdengar seakan bunyi seseorang sedang berlari di belakangnya.
Dia kemudiannya berpaling ke arah belakang untuk melihat bunyi apakah itu, namun tidak berjaya mengesan apa-apa.
Menurut kapsyen pada video tersebut, tanpa disedari, sebenarnya ada satu kelibat berwarna hitam sedang mengintainya melalui dinding di belakangnya itu sebelum menghilangkan diri.
Dia kemudiannya meneruskan aktivitinya itu tanpa menyedari bahawa ada sesuatu yang sedang mengintainya tadi.
Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video tersebut, namun ianya telah menjadi tular.
Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 115 ribu kali.
Sumber: @naimazharrrr