Seekor burung hitam dipercayai telah menyerang setiap lelaki yang melalui satu jalan tertentu di kawasan kampus di Guizhou, China selama 5 tahun, lapor South China Morning Post.
Menurut sumber, setiap kali ada lelaki yang berjalan melewati pokok di kawasan jalan itu, burung tersebut akan ‘zoom‘ ke arah kepala mereka dan mengejarnya.
Seorang guru melaporkan bahawa burung itu biasanya akan kembali pada setiap musim bunga dan musim panas. Namun, menurut pelajar-pelajar di kampus itu, ia hanya menyerang lelaki sahaja dan tidak pada wanita.
Universiti itu dikatakan telah meletakkan tanda amaran besar di bawah pokok kawasan itu. Amaran tersebut berbunyi;
‘Berhati-hati dengan burung itu. Jangan memprovokasinya. Jalan di laluan lain.’
Video yang dipercayai tular baru-baru ini ternyata telah mengimbau banyak kenangan pada alumni di sana.
Ada yang memberi respons, ‘Betulkah? Saya bergraduasi pada 2 tahun yang lalu dan burung itu masih ada? Ia menyerang saya beberapa kali. Saya terpaksa menggunakan buku sebagai ‘topi keledar’ saya setiap kali saya melalui kawasan itu. Ia menyakitkan.”
Ada juga yang mendedahkan perkara sebenar, “Saya mendengar bahawa seorang pelajar lelaki pernah menyentuh sarang burung itu. Itulah sebabnya ia mula menyerang lelaki yang melalui kawasan itu“.
Sumber: South China Morning Post