Malaysia hari ini mencatatkan kes yang tertinggi sejak pandemik COVID-19 bermula pada setahun yang lalu. Dengan 11,079 kes, ia menjadikan kes kumulatif setakat ini adalah sebanyak 855,949 kes.
Rekod harian yang tertinggi ini memperlihatkan negeri Selangor terus kekal ‘menerajui’ dengan 5,263 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 1,521 kes dan Negeri Sembilan dengan 1,033 kes.
Pun begitu, nampaknya negeri Perlis kekal menjadi negeri yang sangat cool apabila tidak mencatatkan sebarang kes baharu pada hari ini.
Disebabkan itu juga, Perlis kini menjadi trending di media sosial kerana rata-rata netizen meluahkan untuk ‘berpindah’ ke negeri itu.
Mereka juga mengeluarkan pelbagai meme yang melucukan namun juga terselit rasa ‘cemburu’ terhadap rakyat di negeri itu yang boleh dikatakan boleh tidur dengan tenang tanpa memikirkan penularan COVID-19.
only perlis understand the assignment https://t.co/Gw6fxE5S8P
— (^._.^)ノ (@adilahwahidd) July 13, 2021
Again perlis be like https://t.co/syXrw1Kch0 pic.twitter.com/IgdwNJusOA
— brgsjks 🏴 (@brgsjks) July 13, 2021
ladies and gentlemen,
Perlis. pic.twitter.com/GB8u41oH8D
— yvng bari 🇵🇸 (@YBNarief_) July 13, 2021
day by day perlis looks like new zealand
— gab (@alofmirul) July 13, 2021
Road to perlis pic.twitter.com/GYmWc4h8sh
— ytulazli (@Letul4) July 13, 2021
Perlis is that one good hardworking kid in a class full of noisy naughty classmates
— Hannah 🏴 (@muuurmaid) July 13, 2021
visual representation of perlis and other states in malaysia pic.twitter.com/ja8CRAgVEp
— m! (@turoiboIong) July 13, 2021
Everyday is a good day to wake up in Perlis 🥰✨
— izzi berpkp 🏴 (@IzzRaifHarz) July 13, 2021
Apapun, sama-samalah kita berdoa agar seluruh negara akan kembali pulih dan tidak mencatatkan sebarang kes lagi. Mungkin agak sukar, namun Insha Allah dengan doa dan usaha yang berterusan dari semua pihak, segalanya akan kembali seperti dahulu lagi.
Sumber: Kenyataan Akhbar KPK, Twitter