Siakap Keli

Kanak-Kanak 10 tahun Antara Mangsa Simbah Asid Di London

LONDON- Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun antara tiga mangsa yang dilaporkan cedera akibat disiram dengan asid oleh orang tak dikenali yang mengetuk pintu rumah mereka.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di flat Colibdale, London. Pasukan kecemasan tiba pada sekitar jam 7.20 malam (waktu tempatan).

Seorang wanita, 36 tahun dan seorang lelaki dewasa, 46 tahun bersama kanak-kanak tersebut dilaporkan cedera dan dibawa ke hospital.

Menurut The Sun, polis mengesahkan kesemua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan dibenarkan pulang.

Disebabkan itu, jiran-jiran ketakutan mendengar berita tersebut.

“Saya melihat seorang kanak-kanak perempuan keluar dengan pakaian tidur tanpa kasut bersama seorang wanita.”

“Kedua-dua mereka dibawa dengan ambulans. Saya pasti mereka mangsa yang diserang dengan asid,” kata seorang saksi.

Walau bagaimanapun, polis belum mengesahkan sebarang penangkapan.

Sumber: The Sun

Atiqah Aliah