Siakap Keli

Kongsi Gambar Air Teh Seperti Kuah Sup Dibancuh ”Bf“, Wanita Diminta Tinggalkan Teman Lelaki Yang Tak Pandai Bancuh Air Teh

Seorang wanita memuatnaik sekeping gambar secawan teh di Reddit. Teh tersebut adalah merupakan air bancuhan yang dibuat oleh teman lelakinya.

Gambar air teh itu menunjukkan uncang teh ‘keruh’ seperti stok ayam yang dilarutkan dalam air dan dipenuhi buih.

Oleh itu, gambar itu menjadi viral sejak dimuatnaik ia mendapat lebih 2,800 komen dari pembaca, terutamanya pecinta teh.

Pencita teh diseluruh dunia sakit mata melihat air teh itu yang berbeza dari normal.

Terdapat juga segelintir yang keliru dan tak faham bagaimana teh itu boleh berubah menjadi seteruk itu.

Ada segelintir yang mengatakan “jijik” dan berpendapat berkemungkinan uncang teh itu digunakan banyak kali.

Menurut news18.com, ada juga yang berpendapat lelaki itu tidak sesuai dengannya dan lebih baik wanita itu meninggalkan kekasihnya.

Sumber: news18.com

Atiqah Aliah