Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Cuaca Terlalu Panas, Beruang Dirakam Bawa Anak-anak Mandi Pantai, Tak Hiraukan Manusia Di Sekeliling

Cuaca panas melampau di California sejak beberapa minggu yang lalu ternyata bukan sahaja memberi kesan kepada manusia tetapi kepada haiwan juga.

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan seekor beruang dewasa membawa anak-anaknya untuk menyejukkan badan di sebuah pantai di South Lake Tahoe kerana dipercayai sudah tidak tahan dengan suhu panas di situ.

Melangkah bersahaja ke dalam air dan tanpa menghiraukan manusia disekeliling, mereka bermandi-manda dengan penuh girang dan keterujaan.

Jarang melihat situasi seperti itu, pengunjung-pengunjung tidak berganjak dari situ dan mengambil peluang untuk merakam telatah keluarga beruang itu.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa adalah sangat berbahaya bagi manusia untuk berada dalam jarak yang dekat dengan haiwan itu.

Sementara itu, penduduk tempatan mengatakan bahawa telah banyak beruang yang dilihat keluar dari hutan dan ‘berjalan-jalan’ di sekitar kawasan perumahan mereka dan sudah terbiasa dengan kehadiran manusia, lapor Indian Express.

Sumber: Indian Express, ABC News