Siakap Keli

Tentera China Beri Amaran, Empangan Berdekatan Bandar Dihuni 7 Juta Orang Boleh Runtuh Bila-bila Masa

Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa Empangan Yihetan yang terletak di Luoyang, sebuah bandar dihuni sekitar 7 juta orang, berisiko untuk runtuh pada bila-bila masa, ekoran kejadian ribut yang melanda wilayah berkenaan hingga merosakkan struktuk empangan tersebut.

Ribut yang melanda juga menyaksikan berlakunya kejadian banjir hingga meragut beberapa nyawa.

Pihak berkuasa tempatan turut dilapor telah mengeluarkan amaran tahap tertinggi dengan situasi tidak menentu dikawasan berkenaan.

PLA telah pun menghantar satu unit tentera ke wilayah berkenaan bagi membantu pihak berkuasa tempatan menangani bencana alam tersebut.

Semalam, PLA mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat menyasikan berlaku kerosakan sekitar 20 meter pada empangan berkenaan dan memaklumkan ia boleh runtuh pada bila-bila masa.

Fenomena hujan lebat hingga mencetuskan banjir adalah kejadian bermusim yang sering terjadi di China, yang menyebabkan kerosakan harta benda, ladang pertanian bahkan hingga meragut nyawa.

Bagaimanapun, keadaan bertambah teruk sejak beberapa dekad lalu. Salah satunya adalah kesan daripada pembinaan empangan berkenaan yang memusnahkan kawasan hutan di sekitar selain mengganggu aliran semula jadi sungai.

Sumber: France24

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.