Siakap Keli
Kredit: Bernama

Polis Terima 38 Laporan Berkait Kes Penipuan Vaksin COVID-19, Libat Kerugian Kira-kira RM50,000 – Bukit Aman

Pihak polis telah menerima 38 laporan berhubung isu penipuan vaksin COVID-19 melibatkan kerugian dianggar berjumlah kira-kira RM50,000, lapor Bernama.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM, Dato’ Mohd Kamarudin Md Din, pihak polis telah mengesan sindiket yang menggunakan isu penjualan vaksin COVID-19 untuk memperdaya mangsa.

“Dalam kes ini, mangsa akan dihubungi sindiket yang menyamar sebagai kakitangan KKM dan seterusnya memaklumkan bahawa mangsa akan dikenakan tindakan kerana didapati telah menjual vaksin COVID-19 secara atas talian melalui laman Facebook.

“Mangsa yang panik dengan dakwaan tersebut kemudiannya akan menuruti semua arahan yang diberikan sehingga akhirnya membuat bayaran ke dalam akaun yang diberikan pihak sindiket,” katanya.

Sementara itu, sebanyak empat laporan polis telah diterima berkait isu vaksin COVID-19.

Katanya, daripada jumlah itu, tiga adalah berkenaan wujudnya aktiviti penipuan jualan vaksin COVID-19 kepada orang awam.

Satu lagi merupakan isu penambahan jumlah penerima vaksin COVID-19 di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin. (PPV) yang melebihi jumlah bekalan vaksin.

Berikutan itu, seramai 8 individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan-laporan tersebut dan kini dibebaskan dengan jaminan polis.

“Satu daripada siasatan kes-kes tersebut telahpun selesai dan pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada pertuduhan dikenakan setelah mendapati tiada bukti serta keterangan yang mencukupi untuk menuduh suspek-suspek terlibat.

“Baki tiga lagi kertas siasatan masih dalam siasatan,” katanya.

 

Sumber: JSJK PDRM

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.