Siakap Keli
Gambar: makassar_iinfo

(Video) Lelaki Tak Dapat Kawal Emosi Di Hari Pengebumian Adik

Pemergian insan yang tersayang pastinya akan memberikan kesan yang mendalam kepada seseorang.

Bukan senang untuk meredhai pemergian mereka itu pada mulanya. Namun begitu, siapalah kita untuk melawan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Satu video yang memaparkan seorang lelaki menangis kesedihan di kubur telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang difahamkan menangisi pemergian adiknya.

Kelihatan lelaki itu sedang menangis teresak-esak di kubur adiknya sambil ditenangkan oleh orang-orang yang hadir ke majlis pengkebumian tersebut.

Mungkin tidak dapat menahan kesedihan yang amat terlampau telah membuatkan lelaki berkenaan bertindak sedemikian.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 300 ribu kali.

 

 

 

Warganet yang menonton video tersebut turut berkongsikan kesedihan dan pengalaman mereka melalui perkara sebagaimana yang dilalui lelaki itu.

Sumber: fakta.indo

Aqmal Ezany

I write what is right