Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Lelaki Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Di Kampar

IPOH, 23 Julai (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Kampung Padang Tembak di Kampar, 40 kilometer dari sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Busir Ghazali berusia 50-an manakala isterinya Ngah Dimah Tamin berumur 60-an dibawa ke hospital berdekatan kerana mengalami sesak nafas.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.48 malam tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar dengan bantuan BBP Tapah digegaskan ke tempat kejadian.

“Kebakaran itu membabitkan tiga rumah berkeluasan 20×30 kaki persegi yang mana rumah pertama didapati mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus, rumah kedua 80 peratus dan rumah ketiga pula sebanyak 40 peratus.

“Bomba menggunakan dua aliran hos sepanjang 91 meter menerusi tangki jentera bomba dengan mengambil tindakan operasi pemadaman secara ‘offensive’ dan ‘defensive’ sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 3.33 pagi,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story