Siakap Keli

(Video) Lelaki Bertuah, Isteri Hadiahkan Hayabusa 2021 Sempena Hari Jadi Ke-50

Baru-baru ini, motosikal berkuasa tinggi, Suzuki Hayabusa generasi ketiga telah dilancarkan di negara India dan dilaporkan telah habis dijual.

Sebanyak 2 kumpulan dengan 100 unit motosikal telah diperuntukkan di pasaran negara itu dan ia sememangnya mendapat sambutan yang hangat.

Antara individu yang bertuah memilikinya adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai Gagan. Difahamkan, motosikal itu dihadiahkan oleh isterinya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50.

Menerusi video yang tular di media sosial, isteri Gagan dilihat telah menyediakan kejutan yang sempurna buatnya dengan memastikan agar penghantaran motosikal tersebut dilakukan pada hari ulang tahunnya.

Gagan mengatakan bahawa dia benar-benar terkejut apabila mengetahui mengenai hadiah itu. Ketika isterinya mengambil kunci dari bilik pameran dan kemudian menyerahkan kepadanya, ia merupakan detik-detik yang sangat bermakna buatnya.

Motosikal itu mempunyai kemasan matte perak yang cantik dan kelihatan sangat mewah.

Sementara itu,  Hayabusa yang terbaru ini dilancarkan pada tahun ini dengan harga RM93, 142. Ia juga kini lebih ringan dengan menggunakan sistem ekzos yang baharu dan dilengkapi dengan enjin empat silinder 1.340cc.

Sumber: Cartoq.com, Dino’s Vault

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.