Siakap Keli

Lebih Mesra Alam, China Dilapor Sedang Bangunkan Motosikal Guna Air Sebagai ‘Bahan Api’

Pengeluaran kereta yang tidak menggunakan petrol sebagai sumber bahan api sememangnya sudah dilakukan sejak sekian lama. Namun, bagaimana pula dengan motosikal? Jarang sekali kita mendengar mengenai pengeluaran motosikal yang lebih eco friendly.

Untuk pengetahuan anda, sebuah syarikat pengeluar motosikal di China nampaknya selangkah lebih maju apabila kini sedang berusaha untuk menghasilkan siri motosikal yang ‘dikuasakan’ oleh air.

Syarikat motosikal Benda itu akan mengeluarkan model Benda BD999 yang dilengkapi dengan enjin empat silinder. Ia merupakan teknologi yang boleh menukarkan air kepada hidrogen dan oksigen.

Berkapasiti 1000 CC, lakaran yang didedahkan memperlihatkan bahawa Benda BD999 mempunyai reka bentuk motosikal klasik tahun 1980-an.

Maklumat serta spesifikasi terperinci mengenai motosikal itu belum didedahkan.

Benda kini sedang menyelesaikan tahap akhir pengembangan BD999 tersebut dan akan memperkenalkan model itu tidak lama lagi tahun.

Menurut portal Thanh Nien, sebagai tambahan kepada kereta elektrik, kenderaan yang digerakkan oleh sumber tenaga baharu seperti hidrogen dan air juga sedang diteliti dan dikembangkan oleh beberapa syarikat pengeluar.

Sumber: Thanh Nien, Bao Ha Tinh

Sofea

There's always another side to every story