Siakap Keli
athens bertukar jingga
Kredit: ANGELOS TZORTZINIS/AFP

Tular Suasana Langit Di Bandar Athens Bertukar Jingga

Tular Suasana Langit Di Bandar Athens Bertukar Jingga

Bandar Athens di Greece dilaporkan bertukar menjadi jingga baru-baru ini berpunca daripada debu-debu pasir daripada Gurun Sahara.

Berdasarkan laporan BBC, kehadiran debu-debu pasir ini telah menyebabkan perubahan landskap yang ketara serta menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kesihatan kepada orang ramai.

Perkhidmatan meteorologi Greece berkata, keadaan cuaca pada Selasa disebabkan pergerakan debu-debu pasir daripada Afrika.

Kredit: ANGELOS TZORTZINIS/AFP

Selain itu, kandungan bahan-bahan ini dilaporkan semakin tumpat dalam atmosfera, khususnya di bahagian selatan negara terbabit.

Pusat perkhidmatan itu turut meramalkan bahawa debu-debu ini dijangka berkurangan secara berkala pada pagi Rabu.

Berhubung kejadian yang luar biasa itu, beberapa video dan imej yang memaparkan orang ramai di Athens menjalani kehidupan dengan keadaan cuaca sedemikian tular.

Pakar meteorologi Greece, Kostas Lagouvardos telah membuat hantaran di Facebook yang mengatakan Athens kini kelihatan seperti di Marikh.

Untuk makluman, pergerakan kepulan debu-debu pasir daripada utara Afrika ke Greece dan beberapa kawasan lain merupakan fenomena yang biasa berlaku.

Kredit: ANGELOS TZORTZINIS/AFP

Selain Greece, negara yang terletak di Timur Mediterranean iaitu Cyprus turut mengalami keadaan yang sama.

Salji tebal di Finland

Sementara itu, Finland pula mula dilanda salji tebal yang lebih teruk daripada kebiasaannya.

YLE melaporkan bahawa ‘cuaca aneh pada April’ ini telah membawa salji dengan ketinggian lebih daripada 20 sentimeter (cm) di beberapa kawasan.

Perkara ini telah menjejaskan beberapa perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kram dan tren di ibu negara Finland itu.

Pada masa yang sama, beberapa penerbangan telah dibatalkan dan ditangguhkan di Lapangan Terbang Helsinki.

BACA: Tawar Gaji RM5,000, Pembuat Roti Canai Dicari Di Singapura

Sumber: BBC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma