Siakap Keli
pelajar uitm acca
Kredit: X/UiTM

Dua Pelajar UiTM Cemerlang, Raih Pencapaian Terbaik Dalam ACCA 

Dua Pelajar UiTM Cemerlang, Raih Pencapaian Terbaik Dalam ACCA 

Dua pelajar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mendapat pencapaian terbaik dalam Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pelajarnya menerusi laman rasminya di Twitter.

Dua pelajar tersebut adalah Muhammad Fawwaz Mohammad Masrin dan Nur Ilhan Nurina Mohd Oslan.

Muhammad Fawwaz Mohammad Masrin merupakan pelajar bagi Program ACCA FIA di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Tapah.

Beliau telah berjaya menduduki tempat pertama di Malaysia bagi subjek ‘Management Information‘ dan tempat kedua di dunia bagi subjek yang sama.

Manakala, Nur Ilhan Nurina Mohd Oslan merupakan pelajar Program ACCA di Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Mahasiswi tersebut telah berjaya meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi subjek ‘Audit Assurance’ .

Kejayaan dua pelajar ini telah menyuntik rasa bangga kepada rakyat Malaysia, khususnya komuniti UiTM di seluruh negara.

Menurut UiTM, kejayaan kedua-dua pelajar ini diharapkan menjadi batu loncatan kepada semua pelajar UiTM.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh mahasiswa UiTM untuk terus cemerlang,” jelas UiTM menerusi akaun X.

Pelajar Malaysia No. 1 Global Dalam Peperiksaan ACCA

Sebelum ini, dua pelajar Malaysia, Lim Hui Ning dan Jeevanandini R Karunagaran masing-masing berjaya menghuni tangga pertama di peringkat global dalam peperiksaan ACCA pada 2023.

Kedudukan itu diperolehi menerusi peperiksaan kertas Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Kewangan Lanjutan.

Untuk Makluman, ACCA merupakan singkatan bagi Pelajar Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (Association of Chartered Certified Accountants), turut dikenali sebagai badan perakaunan profesional di dunia.

Setiap tahun, kebanyakan pelajar akan mengambil peperiksaan tersebut untuk menjadi seorang akauntan yang diiktiraf. Di peringkat global, ia bukan lagi rahsia bahawa ACCA adalah salah satu peperiksaan yang paling sukar di dunia.

BACA: Apa Akan Jadi Kalau RON95 Bercampur Dengan RON97? Ini Penjelasan Pakar

Sumber: @uitmofficial via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma