Siakap Keli
 JDT Keselamatan Pemain
Gambar: BERNAMA

JDT Pertingkatkan Lagi Keselamatan Pemain Sebagai Langkah Berjaga-jaga

JDT Pertingkatkan Lagi Keselamatan Pemain Sebagai Langkah Berjaga-jaga

JOHOR BAHRU — Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan telah meningkatkan lagi keselamatan para pemainnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu sebentar tadi.

Ia susulan insiden yang melibatkan Safiq Rahim di mana kereta pemain itu telah diserang berhampiran Pusat Latihan JDT malam tadi.

BACA: Bersifat Mengakis, Ketahui Apa Itu Asid Sulfurik Dan Kesan Kepada Kulit Manusia

“Insiden itu, bersama dengan serangan ke atas Akhyar Rashid dan Faisal Halim baru-baru ini, tidak mempunyai tempat dalam dunia bola sepak.

“Disebabkan kes-kes terkini, JDT telah meningkatkan lagi keselamatan para pemain kami sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Tambah Alistair, pihaknya turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat perkara tersebut dengan segera.

Selain itu, pemain kelab itu juga dinasihatkan untuk berhati-hati dengan persekitaran serta hantaran yang dimuat naik di media sosial.

“Kami juga telah menasihatkan para pemain kami untuk berhati-hati dengan persekitaran dan hantaran-hantaran mereka pada media sosial pada setiap masa,” ujarnya lagi.

Sebentar tadi, Syafiq Rahim yang juga pemain JDT memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya (sportsrevobysafiqrahim) mengatakan cermin keretanya telah dipecahkan sewaktu diletakkan berdekatan pusat latihan kelab itu.

Menerusi hantaran terbabit, beliau telah memuat naik gambar yang memaparkan keadaan cermin belakang kereta Honda City miliknya pecah.

Berdasarkan gambar, cermin keretanya pecah dipercayai berpunca daripada kesan pukulan objek keras.

Dalam laporan kepada pihak polis, Safiq berkata ketika insiden tersebut berlaku, beliau baru sahaja mengambil barang berdekatan dengan Pusat Latihan JDT di Sri Gelam, Johor Bahru.

Beliau yang sedang dalam perjalanan dari pusat latihan terbabit ke Pantai Lido ketika itu didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

“Salah seorang pembonceng motosikal tersebut mengeluarkan sebatang tukul besi lalu mengetuk cermin bahagian belakang kereta saya.

“Ketukan tersebut telah membuatkan saya terkejut dan memberhentikan kereta saya,” jelas Safiq menerusi laporan polis yang dibuatnya.

Sumber: Facebook Johor Southern Tigers

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?