Siakap Keli
Sering Dipandang Remeh
@altimatsaujana via TikTok

Sering Dipandang Remeh, Ini Sebabnya Tak Boleh Tinggalkan Helaian Kertas Dalam Kereta

Sering Dipandang Remeh, Ini Sebabnya Tak Boleh Tinggalkan Helaian Kertas Dalam Kereta

Hari ini, kereta sudah menjadi keperluan bagi setiap isi rumah di Malaysia. Tidak berlebihan jika dikatakan setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Tanpa kenderaan peribadi itu, jadual harian individu mungkin akan terganggu.

Tidak dinafikan, kereta bagi sebilangan individu adalah seperti ‘rumah kedua’, tempat menyimpan pelbagai barang.

Bagaimanapun, sebenarnya tidak semua barangan peribadi selamat untuk ditinggalkan di dalam kereta, lebih-lebih lagi jika kereta anda di bawah cuaca terik yang begitu panas. Seperti yang kita ketahui, Malaysia ketika ini sedang mengalami cuaca panas dan bahang.

Sering kali beredar berita tentang barangan elektronik seperti laptop, telefon bimbit atau powerbank yang meletup dalam kereta menjadi penyebab kebakaran kereta.

Tapi tahukah anda, meninggalkan helaian kertas di dalam kereta juga boleh membawa bahaya? Hal ini mungkin dianggap remeh, tapi sebenarnya helaian kertas yang ditinggalkan dalam kereta yang panas boleh mengundang bahaya.

Tinggalkan helaian kertas dalam kereta boleh jadi punca kebakaran

Baru-baru ini, seorang lelaki menjelaskan kepada orang ramai agar tidak meninggalkan helaian kertas di atas dashboard. Hal ini kerana tindakan tersebut berisiko, malah boleh mengundang kebakaran.

Video berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun @altimatsaujana.

Menurut @altimatsaujana, helaian kertas boleh terbakar jika kanta (magnifying glass) dihalakan ke arahnya dalam satu jangka masa panjang. Sekiranya anda menggunakan kanta dan halakan ke arah cahaya matahari, ia akan mula fokus pada satu titik di atas kertas.

Apabila dibiarkan dalam tempoh yang lama, maka kertas tersebut mula menyalakan api secara perlahan-lahan.

Dalam pada itu, cermin kereta boleh dikira sebagai kanta yang membolehkan kertas diletakkan atas dashboard terbakar apabila sudah mencapai satu suhu yang panas.

Menurut @altimatsaujana lagi, perkara berkenaan boleh terjadi sekiranya anda sering meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang panas terik.

Dalam masa sama, api yang membakar kertas itu menyebabkan kereta anda terbakar dan hangus sekiranya berada tanpa pengawasan sesiapa.

Video yang berdurasi 00:36 saat itu sangat bermanfaat kepada pengguna kereta dan mendapat lebih 200 ribu tontonan. Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Jadi, sebelum meninggalkan kenderaan, pastikan kita tidak meninggalkan apa-apa barangan yang boleh membahayakan.

Langkah kecil ini mungkin boleh menyelamatkan kita daripada musibah yang tidak diingini. Semoga bermanfaat.

BACA: Dah Lama Guna Proton Saga, Tapi Owner Sendiri Tak Tahu Benda Ni

@altimatsaujana

Berani2 lah tinggal kertas dalam kereta kalau nak kereta terbakar!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #automotif #automotive #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #bengkelkeretasaujana #bengkelkeretasaujanautama #bengkelkeretasungaibuloh #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #pomen #pomentiktok #pomenaircond #pomenaircondkereta #bengkelmobil #bengkelindonesia #kereta #mobil #cars #carsoftiktok #carslover #trending #viral #fyp

♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama

Sumber: @altimatsaujana via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.