Siakap Keli

Bapa Didakwa Pukul Anak 3 Tahun Sampai Mati Sebab Merengek Nak Kencing Sampai Tidurnya Terganggu

Seorang lelaki bergelar ayah didakwa sanggup memukul anak kandungnya yang berusia 3 tahun sehingga membawa maut di sebuah perkampungan di Pandang Panjang, Sumatera Barat pada Jumaat lalu.

Berdasarkan laporan daripada Ketua Siasatan Jenayah Polis Padang Panjang, Iptu Ferlyanto Pratama berkata kejadian tersebut berlaku semasa anaknya merengek dan menangis ketika ingin membuang air kecil.

Ketika waktu kejadian, si pelaku sedang tidur, secara tiba-tiba dia terjaga dan terus memarahi anaknya itu. Bukan sahaja marah tetapi lelaki ini bertindak memukul dan menolak anaknya ke dinding sehingga jatuh dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, kakak ipar pelaku yang mendengar kejadian itu terus ke rumah mangsa dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan kemudian segera membawa anak kecil tersebut ke hospital berdekatan.

Namun, anak kecil ini disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu sewaktu mendapatkan rawatan di hospital.

Semasa kejadian berlaku, ibu mangsa tiada di rumah kerana keluar bekerja. Hanya tinggal ayah (si pelaku) dan anak kecil berusia 3 tahun itu.

Selepas keluarga mangsa membuat laporan polis, si pelaku terus ditahan polis. Kes kejadian di bawah Akta Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak yang menyatakan jika disabitkan kesalahan pelaku akan dipenjara minimum 15 tahun.

 

Sumber: Kompas

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang