Siakap Keli

(Video) Jangan Panik, Ini Tips Nak Keluarkan Kunci Yang Patah Dalam Tombol, Hanya Guna Dua Benda Ni Je

Mesti korang panik apabila kunci yang digunakan untuk membuka pintu tetiba patah dan separuh dari kunci tersebut tersangkut pada tombol pintu. Takut, cemas dan kadang-kala ada yang sampai satu tahap nak menangis dibuatnya mengenang nasib.

Kalau situasi ini berlaku pada korang, jangan cepat melatah. Sebenarnya ada cara mudah untuk korang selesaikan masalah ini. Paling penting jangan cuba-cuba untuk buka juga dan tolak kunci ke dalam. Ini membuatkan proses nak keluarkan kunci ini lebih sukar.

Tetapi jika ikut cara yang dikongsikan oleh Jasin Jezi menerusi laman Tiktok mengatakan bahawa dengan cara ini sangat mudah dan korang pun tak akan berasa cemas dan takut.

Menerusi video ini, korang hanya perlu dua barang ini sahaja iaitu mancis api dan satu batang ‘hot glu’. Lepas ini, tak perlulah nak cari benda lain yang sukar dan memakan masa yang lama.

@jason_jezi

Share kepada kawan2 yang pakai kunci🔑 putus ada cara keluarkan #TiktokGuru #kunci #jombelajar #learnontiktok #fyp

♬ original sound – jason_jezi – jason_jezi

 

Sumber: Jason Jezi

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang