Siakap Keli
Gambar: Tiktok @anisnafisaaa

(Video) Air Tak Melekat Pada Cermin, Beli Pelekat Ni Elak Air Hujan Tutup ‘View’ Pada Cermin Sisi, Kedai Eco Pun Ada

Bila nak memandu ketika hujan ni, keselamatan pemandu dan penumpang perlu dipertingkatkan kerana kadang-kadang kemalangan mudah berlaku ketika cuaca tidak menentu.

Biasanya, masalah yang sering berlaku ialah pemandangan di hadapan, belakang dan cermin sisi kereta menjadi kabur disebabkan air hujan yang membasahi cermin.

Akibatnya, kita sukar untuk fokus dan tidak dapat melihat dengan jelas sebarang kenderaan dari depan dan belakang kita. Walau bagaimanapun, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Sebelum ini, kita pasti sudah tahu cara untuk selesaikan masalah cermin basah tanpa perlu guna wiper. Kali ini, kita fokus pada cermin sisi kereta pula.

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna akaun @anisnafisaaa di Tiktok, korang hanya perlu cari pelekat ni sahaja dengan harga yang sangat berbaloi dan murah, iaitu Anti Rain Film.

Supaya lebih faham cara untuk menggunakannya, korang boleh tengok video di bawah:

@anisnafisaaa

Wajib beli pada yang ada masalah bawa kereta time hujan ☔️ aku borong banyak haritu sbb banyak kali salah tampal heheh korg pun stanby jela #fypシ

♬ original sound – ig: AnisNafisaa – ig: AnisNafisaa

Untuk hasilnya pula ketika hujan, air tidak akan melekat pada bahagian yang dilekatkan, dan memudahkan korang untuk melihat cermin sisi walaupun ketika hujan.

@anisnafisaaa

ada je untuk yang full cermin tapi disebabkan sy ada pasang cermin kecik tu saya beli yang ni. berbaloi sgt rm2.10 je di eco shop🥰👍 #eco #car #fyp

♬ original sound – ig: AnisNafisaa – ig: AnisNafisaa

Sumber: @anisnafisaaa

Korang boleh dapatkan anti rain film disini

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.