Siakap Keli
Gambar: Polis Daerah Hulu Selangor

Polis Tahan Warga Emas, Disyaki Lakukan Persetubuhan Luar Tabii Dengan Kambing Betina

Seorang lelaki warga emas di Hulu Selangor yang disyaki melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina berjaya ditahan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pihak polis, kejadian tersebut telah disedari oleh seorang wanita yang berusia 45 tahun yang merupakan tuan kepada kambing itu pada jam lebih kurang 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihak polis telah menerima laporan daripada wanita tersebut pada jam lebih kurang 6.24 petang.

“Pada jam lebih kurang 1.30 petang semalam, pengadu memberitahu semasa berada di rumah mendengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumah.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan yang dikenali dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing milik pengadu. Kemudian lelaki tersebut melarikan diri. Pengadu membuat pemeriksaan seekor kambing betina telah mati,” ujarnya.

Susulan daripada ituy, beliau mengulas bahawa siasatan di tempat kejadian bersama pasukan forensik PDRM Selangor dan Jabatan Veterinar Haiwan Kuala Kubu Bharu telah dibuat.

“Kambing yang telah mati dihantar ke makmal jabatan veterinar untuk analisis (bedah siasat).

“Pada jam 10.50 pagi 28 Julai 2021, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hulu Selangor telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan di kawasan semak Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya Serendah.

Menurut beliau, semakan mendapati bahawa saspek yang berumur 60 tahun itu mempunyai rekod lampau yang membabitkan kes jenayah.

Saspek dilaporkan bakal direman esok Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana persetubuhan luar tabii terhadap haiwan dan Seksyen 289 Kanun yang sama kerana kecuaian berkenaan dengan haiwan.

Jika didapati bersalah, saspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun denda atau sebatan.

Sumber: Polis Daerah Hulu Selangor

Aqmal Ezany

I write what is right