Siakap Keli
Gambar: Bernama

Permohonan Gantian MyKad Boleh Siap 30 Minit Di Pejabat JPN Terpilih, Ini Senarai Seluruh Negara

Permohonan gantian Mykad tidak bermasalah boleh diproses dalam tempoh 30 minit sahaja, maklum Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia melalui laman Facebook.

Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada pejabat-pejabat yang disenaraikan sahaja. Tambah JPN, bagi permohonan gantian bermasalah seperti cap jari rosak dan kehilangan kali ketiga, akan diproses dalam tempoh 3 bulan.

Hampir 40 pejabat JPN disenaraikan bagi proses gantian MyKad yang boleh disiapkan dalam tempoh 30 minit. Senarainya adalah seperti di dalam gambar:

Gambar: JPN

Dalam kemaskini JPN pada 30 Julai, semua urusan perkhidmatan kaunter adalah berdasarkan janji temu bermula 1 Julai 2021. Tambah JPN, urusan tanpa bukti janji temu atau walk-in adalah tidak dibenarkan.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa