Siakap Keli
Gambar Via Hagerty

“Demo Kenal ‘Bare’”, Proton Saga Black Knight Milik ‘Mat Saleh’ Ini Menang Pertandingan Kereta Lama UK

Menjadi kereta jenama negara, Proton sentiasa melalui pelbagai evolusi yang tersendiri sejak ia dicipta dari tahun 80-an. Kini, ia dinaik taraf dengan rekaan dan ciri-ciri yang lebih moden, sesuai dengan kehendak pengguna.

Tetapi, bila sudah ada yang baharu, jangan dilupa pada yang lama. Bagi yang belum tahu, model pertama yang dikeluarkan oleh jenama itu adalah Proton Saga pada tahun 1985.

Menariknya, model tersebut bukan sahaja menjadi ‘kegilaan’ di Malaysia tetapi juga menembusi pasaran luar negara termasuk di United Kingdom (UK) pada Mac 1989.

Percaya atau tidak, model Proton Saga lama itu mempunyai peminat yang tersendiri di negara tersebut.

Bahkan, baru-baru ini seorang lelaki yang memiliki Proton Saga 1.5 GL Black Knight Edition telah dinobatkan sebagai juara dalam satu pertandingan yang melibatkan kereta lama iaitu Hagerty Festival of the Unexceptional 2021 di Lincolnshire, UK.

Gambar Via Hagerty

Menerusi pertandingan itu, kereta yang dimiliki oleh Jon Coupland itu ‘menambat hati’ juri dan membolehkannya membawa pulang trofi utama.

Bekerja sebagai pegawai polis, Coupland yang berusia 30 tahun mengatakan bahawa Proton Saga itu sangat rare kerana ia merupakan satu-satunya Black Night Edition yang terdapat di negara itu.

Menurutnya, kereta itu telah dibeli olehnya pada tahun 2019 dan kini ia menjadi ‘koleksi’ kebanggaan baginya.

Gambar Via Hagerty

Difahamkan, kereta itu pernah ‘tersadai’ di dalam garaj selama 24 tahun kerana pemilik asalnya menghadapi masalah kesihatan. Ia kemudiannya telah dijual kepada pemilik kedua pada tahun 2017 sebelum dimiliki oleh Coupland.

“Saya telah menjadi peminat kereta sejak kecil lagi dan memiliki Proton pada tahun 2019. Jadi, saya mengambil peluang untuk menyertai Hagerty Festival.

Gambar Via Hagerty

“Saya tidak sangka kereta itu menjadi perhatian juri dan menjadi juara,” katanya.

Sementara itu, naib juara di dalam festival itu telah dinobatkan kepada Danny Wilson yang memiliki model Peugeot 106 XN Graduate 1991.

Sumber: Hagerty

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.