Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Hadiahkan Gambar Lama PM Anwar Ketika Menang Kerusi Permatang Pauh

gambar
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terharu apabila menerima sekeping gambar lama yang merakamkan kenangan beliau meraikan kemenangan pertama di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1982.

Gambar berkenaan diserahkan oleh seorang pelajar dari Alor Setar, Kedah, Zahra Mohamad Zelman ketika beliau bersama rakannya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma bertemu Anwar di Parlimen hari ini.

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, gambar tersebut merakamkan detik beliau diraikan oleh moyang Zahra, Allahyarham Arshad Ahmad, selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Menurutnya, sekeping gambar itu menyimpan pelbagai kenangan dan kisah yang masih terpahat dalam ingatannya meskipun peristiwa berkenaan sudah lama berlalu.

“Sekeping gambar tetapi menyimpan begitu banyak kenangan dan kisah. Waktu yang cuba diimbau itu sudah lama berlalu, namun ingatan terhadap insan-insan serta kalangan mereka yang pernah hadir dan menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang perjuangan kekal di sanubari yang terdalam,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut berpesan kepada Zahra dan rakannya supaya terus menuntut ilmu, berani menyimpan serta mengejar cita-cita dan tidak pernah berhenti berusaha.

Beliau turut mendoakan agar perjalanan kehidupan kedua-dua pelajar berkenaan sentiasa dipermudahkan.

Intipati
  • Anwar Ibrahim menerima gambar lama kemenangan pertamanya di Permatang Pauh pada 1982.
  • Gambar itu diserahkan Zahra Mohamad Zelman ketika bertemu Perdana Menteri di Parlimen.
  • Anwar berpesan kepada Zahra dan rakannya supaya terus menuntut ilmu serta berusaha.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan