Siakap Keli
Gambar: AFP

Sertai Olimpik Pertama Di Barcelona 1992, Hoy Jadi Pemenang Pingat Tertua Di Tokyo Pada Usia 62 Tahun

Atlet Australia, Andrew Hoy muncul sebagai penerima pingat tertua di Olimpik sejak 1968. Hoy telah meraih pingat perak dalam acara ‘eventing’ ekuestrian berpasukan di Olimpik Tokyo hari ini.

Hoy yang kini berusia 62 tahun telah mengumpul lima pingat dalam temasya Olimpik, termasuk tiga emas.

Menerima pingat emas pertama di Olimpik Sydney 2000, Hoy turut memenangi gangsa dalam acara individu ‘eventing’.

“Saya sebenarnya rasa bangga bila orang bercakap perihal umur saya, sebab masa saya mula-mula sertai sukan ini, sayalah yang paling muda dalam pasukan,” kata Hoy yang merangkul pingat Olimpik pertama di Barcelona pada 1992.

“Bila orang jumpa saya di kampung (Perkampungan Olimpik), mereka akan cakap, ‘Hey, awak buat apa kat sini? Awak orang atasan ke?’

“Dan saya akan jawab, ‘Saya atlet’,” kata Hoy.

Bercakap tentang usia, sebenarnya Hoy taklah begitu tua jika dibandingkan dengan pelayar Switzerland, Louis Noverraz yang memenangi pingat perak di Olimpik Mexico 1968, yang ketika itu berusia 66 tahun.

Sumber: AFP

Eyla Azri